Teks: Nur Sa'adah Zahari
Selamat pagi,
Alhamdulillah pagi ini aku masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ini. Setelah usai solat subuh, tiba-tiba perutku berbunyi meminta supaya diisi makanan. Aku bingkas bangun lalu ke dapur untuk melihat apa yang boleh dimasak. Terlintas di fikiranku, keenakan nasi goreng ibuku di rumah. Lalu aku segera masak nasi untuk membuat nasi goreng. Ala masakan orang bujang, nasi gorengnya pun agak bujang. Bertungkus-lumus aku di dapur akhirnya, siap juga nasi goreng dan dihidang bersama air teh.
Setelah selesai makan, aku bersiap-siap untuk pergi kerja. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih bersemangat dan seterusnya. Hidupkan mesti diteruskan. InsyaAllah rezeki Allah ada dimana-mana asalkan jangan malas berusaha untuk mencarinya. Dan sekarang sempat juga aku menulis blog ini sebelum memulakan pekerjaan. Selamat bekerja semua, senyum selalu.
NUR SA'ADAH ONLINE SHOPPE
Thursday, October 1, 2015
Tuesday, September 15, 2015
Entri 17- Pengalaman Baru
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Assalamualaikum..sudah lama
rasanya aku tidak menulis entri di blog. Ketandusan idea membuatkan aku tidak
tahu apa yang hendak dikongsikan. Hari berganti hari aku menjalani rutin harian
seperti biasa di rumah. Alhamdulillah Ya Syakur, Amin Ya Mujib. Setelah lama
berada di rumah akhirnya aku mendapat pekerjaan di tempat aku belajar dahulu. Aku
berasa amat gembira sekali kerana diterima bekerja. Walaupun gaji tidak
seberapa tapi bagiku mencari pengalaman baru amatlah penting.
Hari Isnin, 14 September 2015,
bermulanya rutin baru dalam hidupku. Aku akan pergi kerja dan pulang dari
tempat kerja. Suasana di tempat aku bekerja amatlah selesa. Rakan sekerja juga
baik dengan ku. Aku amat bersyukur dan bertuah kerana terpilih untuk bekerja di
sini. Selain dapat belajar, aku juga akan mendapat pengalaman baru.
Setakat ini dahulu yang ingin aku kongsikan.
Monday, August 31, 2015
Entri 16- Kenapa Saya Ingin Berjaya?
Teks:Nur Sa'adah Zahari
Pengalaman menyertai Seminar
Magnet Kekayaan dan Kejayaan Dr Azizan Osman banyak memberi manfaat kepada
diriku. Aku berasa amat bertuah sekali kerana terbuka hati untuk turut serta
dalam program beliau. Banyak tips yang diperolehi daripadanya untuk mencapai
kejayaan. Jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi
bersama anda semua.
Tips yang pertama ialah MESTI
iaitu:
M- matlamat yang jelas
E- emosi
S- strategi
T- tindakan
I- impian
#Kita mestilah fokus apa yang
kita kehendaki bukan apa yang kita tidak mahu.
Selain itu, terdapat pelbagai
halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjaya. Kita MESTI
menghapuskan kesemua halangan ini untuk mengecapi kejayaan. Antaranya ialah:
1. Ego (sombong)
2. Ragu-ragu
3. Takut
4. Rasa tidak layak
5. Rasa tidak yakin
6. Bertangguh
7. Suka beri alasan
8. Mudah terpengaruh
9. Malas
10. Tidak ada komitmen
(kesungguhan)
#Setiap perkara yang kita buat
juga MESTI ada keyakinan. Kita mesti yakin dengan setiap ilmu yang diperolehi,
yakin dengan melihat, yakin dengan benar dan yakin dengan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin
kongsikan tips untuk mencapai kejayaan.
1. Setiap hari fokus matlamat
anda...
#Tulis 10 matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh terdekat
#Baca matlamat setiap hari.
Mulakan dengan ayat...Saya TELAH mencapai....
2. Komited dengan matlamat
(tindakan)
3. Tukar kawan yang boleh
mendorong kita berjaya
4. Tapis pemikiran
5. Bakar keinginan anda
(semangat)
6. Sentiasa belajar
7. Tingkatkan tenaga anda
8. Is now or never?
9. Jangan hirau orang kutuk
10. Hadapi cabaran dengan
strategi yang betul
#Saya berharap ilmu yang
dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk diamalkan
bersama bagi memperolehi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Marilah kita
bersama-sama maju dalam perniagaan.
Entri 15- Rezeki Yang Tak Disangka
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Assalamualaikum pembaca
sekalian...agak lama rasanya saya tidak menulis. Alhamdulillah, syukur kepada
ilahi dengan izinnya kami telah diberikan rezeki yang tidak disangka. Kami
telah menerima tempahan baju kenduri untuk satu keluarga iaitu baju dress
sebanyak 15 pasang. Kami diminta untuk menyiapkan kesemua tempahan baju dalam
tempoh yang singkat. Selain itu, aku juga diminta untuk menyiapkan batang
bantal dan tilam. Kesibukan menyiapkan tempahan ini menyebabkan saya tidak
berkesempatan untuk menulis blog.
Tempahan baju kenduri yang telah disiapkan
Di sini saya ingin kongsikan
bahawa untuk memperolehi rezeki kurniaan Allah kita seharusnya menjaga hubungan
kita dengan Allah dan sesama manusia. Subhanallah, sejak mengamalkan solat
Dhuha sebelum memulakan perniagaan dan rajinkan diri bersedekah rezeki kami
semakin melimpah -luah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Ayuhlah kita
sama-sama dekatkan diri dengan-NYA.
Monday, August 24, 2015
Entri 14- Aku Anak Tukang Jahit
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Sejak dari bangku sekolah lagi
aku sering membantu ibuku menjahit baju. Terutamanya apabila tiba musim
perayaan. Pengalaman menjahit banyak memberi manfaat kepada diriku. Aku dapat
menjana pendapatan sendiri dan dapat mempelajari ilmu tentang jahitan dari
ibuku.
Setiap kali tiba musim perayaan
aku akan membantu ibuku menjahit sembat di bawah baju dan hujung tangan. Aku
juga belajar cara-cara menjahit mata lalat di leher baju. Dari situ aku menjana
pendapatanku dan dapat membeli barang yang diingini.
Sehinggalah sekarang, walaupun
aku belajar jauh, apabila pulang ke rumah sudah menjadi kebiasaan untuk aku
membantu ibuku dan mengambil upah menjahit. Bagi diriku tidak rugi untuk kita
mempelajari pelbagai ilmu. Selain membantu ibuku menjahit aku juga pernah cuba
membuat perniagaan secara online. Aku mempromosi baju rekaan ibuku di media
sosial. Alhamdulillah, rezeki yang tidak disangka, perniagaan secara online ini
agak mendapat sambutan terutamanya di kalangan rakan-rakanku. Begitu juga dengan
rakan media yang lain.
Baju yang dijual secara online
Pengalaman ketika menjalani
latihan industri di pusat pengajian turut memberi manfaat kepada diriku. Aku
berjaya mempromosi hasil kerja ibuku kepada pensyarah. Aku memdapat tempahan
baju daripada beberapa orang pensyarah dan maklum balas yang positif.
Mereka amat berpuas hati dengan hasil kerja ibuku. Aku berasa amat gembira
sekali. Harapanku pada suatu hari nanti aku dapat memenuhi impian ibuku untuk
membuka sebuah butik bagi memajukan lagi perniagaan ini. InsyaAllah. Amin.
Sunday, August 23, 2015
Entri 13- Keajaiban Mudahnya Menjemput Rezeki
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Setiap hari aku menjalani rutin
harian seperti biasa. Setiap hari juga aku berharap akan memperolehi duit yang
banyak. Tetapi harapan ku sia-sia. Keuntungan yang diperolehi hari-hari
tidaklah seberapa, bukanlah tidak bersyukur tapi disebabkan kos sara hidup yang
kian meningkat diriku terasa dibebani. Hendak berhutang lagi, hutang tersedia
ada belum berbayar. “Ya Allah, betapa sedihnya hati ini mengharungi kehidupan
seharian. Ujian apakah yang KAU berikan padaku.” Aku hanya tahu merintih
kesedihan yang dialami.
Suatu hari aku berjalan-jalan di
Pekan. Terdapat sebuah pesta buku sedang berlangsung. Tergerak hatiku untuk
melihat sekelilingnya. Tiba- tiba aku terpandang sebuah buku Mudahnya Menjemput
Rezeki. Aku membelek-belek buku itu, hatiku tertarik untuk memilikinya. Membaca
tajuknya sudah membuatkan aku tertanya-tanya, apakah untuk mendapat rezeki
sememangnya mudah? Bagaimana caranya? Tanpa berfikir panjang aku membeli buku tersebut
dan ingin merungkai rahsia mudah untuk mendapat rezeki.
Alhamdulillah, aku tersedar rupa-rupanya
masih banyak lagi perkara yang belum dilaksanakan iaitu tuntutan Allah. Banyak
caranya untuk memperolahi rezeki yang diberkati Allah. Begitu mudah sekali
untuk menjemput rezeki. Aku bertanya pada diriku, adakah aku lalai dalam
mengutamakan solat? Bangunkah aku sepertiga malam untuk bertahajud? Pernahkah
aku melakukan solat dhuha sebelum memulakan pekerjaan? Ringankah tanganku untuk
bersedekah? Selalukah lidahku berzikir pada-NYA?
“Ya Allah, banyaknya kekurangan
diriku, aku lalai dalam mengingtiMu, lalai dalam melaksanakan tuntutanMu, KAU
ampunilah aku.” Akhirnya aku mulai sedar dan bertaubat pada-NYA. Aku ingin
menjadi seorang yang istiqamah dalam melaksanakan tuntutan-NYA. Ya, aku ingin
perolehi rezeki yang diberkatinya. Alhamdulillah, setelah melaksanakan apa yang
tidak pernah dilakukan sebelum ini, hidupku berubah menjadi lebih baik. Aku
tidak lagi dibebani dengan masalah kewangan. Setiap hari rezeki yang ku
perolehi mencukupi. Syukur Alhamdulillah, betapa mudahnya untuk memperolehi
rezekiMu Ya Allah.
**untuk dapatkan Buku MMR, boleh buat belian melalui saya Nur Sa'adah 01129693087
**untuk dapatkan Buku MMR, boleh buat belian melalui saya Nur Sa'adah 01129693087
Saturday, August 22, 2015
Entri 12- Resepi Ayam Ma’sala
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Bahan-bahannya:
½ ekor ayam (dipotong)
3 sb serbuk kari
2 biji bawang besar
½” halia
3 ulas bawang putih
Kicap
Bunga lawang & kayu manis
Cili kecil
Minyak
Air
Garam
Air asam jawa @ asam keping
Cara-caranya:
1. Perapkan ayan bersama kicap
dan serbuk kari.
2. Kisar bawang besar, halia dan
bawang putih.
3. Panaskan minyak dan tumis
bahan kisar tadi bersama bunga lawang dan kayu manis. Kemudian masukkan ayam
perapan ke dalam kuali.
4. Masukkan garam seckup rasa,
cili kecil, air asam jawa @ asam keping. Biarkan ia mendidih dan agak kering
kuahnya.
5. Siap untuk dihidang.
#Sekiranya ingin kuah, jangan
masak terlalu kering.
#Boleh juga campur dengan ubi
kentang atau keledek.
# Selamat mencuba.
Subscribe to:
Posts (Atom)