Senarai Buku

Aku, Dia & Rezeki
by Mohamad Feroz Mohammad  Zaini

Aku, Dia & Rezeki adalah himpunan pengalaman sebenar seorang insan biasa. Melihat sisi kehidupannya, beliau bukanlah seorang yang kaya harta. Tetapi sesiapa saja yang mengenalinya, pasti akan berkata, "Beliau seorang yang kaya budi."

Setiap hari, beliau mencatatkan kisah-kisah kebaikan manusia yang ditemuinya. Sungguh, Tuhan sentiasa mengirimkan rezeki melalui tangan-tangan mereka tanpa disangka-sangka. Setiap kisah itu membuatkan kita melihat hujung sejadah dan bumbung langit lalu berkata, "Maha suci Allah, tidak kamu jadikan situasi ini sia-sia."

Berkat memberi dan berkongsi, Tuhan sentiasa memeberi jalan bagi memudahkan urusan harian kita. Biarpun bukan dalam bentuk materi, tetapi setiap kemudahan itu, sentiasa menyentuh dan menyuburkan lagi iman di dada.

Buku ini tidak langsung cuba mengajar pembaca atau menghuraikan rahmat dalam setiap kisah. Hanya dengan membacanya, hikmah itu muncul dan mengetuk pintu hati.

Harga: RM31.00sm / RM 35ss (termasuk kos penghantaran)
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087



Allah Tempat Meminta
Selagi kita bernafat,selagi itulah ombak ujian akan terus menerpa. Kita tidak mengharapkan hidup yang tiada ujian, kerana impian begitu tidak mungkin terjadi.
Sebagaimana kita mengharapkan lautan yang tidak berombak, ia tidak wujud.
 Malah kehidupan ini sendiri sudah Allah ciptakan begitu. Yakni untuk            menguji kita.
      Apabila ujian bertandang, kepada siapakah kita mahu bergantung harap?
Kepada siapakah kita mahu meminta?
Allah Tempat Meminta. Kita mahu minta kepada Allah, untuk berjaya dunia dan berjaya di sana

Harga: RM 25 sm / RM 30 ss (harga termasuk kos penghantaran)
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087




Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Buat Suri.

Penulis: Azura Abdullah

Penerbit: Jootawan Group
Sepanjang beberapa tahun membabitkan diri dalam arena penulisan melalui arena ‘blogging’ di www.azuraabdullah.com, penulis menerima banyak nota dilema mahu berhenti kerja dan mahu berniaga atas pelbagai sebab daripada kaum wanita khasnya ibu berkerjaya.

Berdasarkan pertanyaan itu, penulis membukukan beberapa perkara yang perlu diambil kira terlebih dulu sebelum berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa.

Antara yang dibincangkan dalam buku ini masalah sering diutarakan mereka yang mahu berhenti kerja termasuk tidak gembira dengan pekerjaan sekarang, mahu menyelesaikan masalah duit, mahu membayar hutang keliling pinggang, mahu lebih masa bersama keluarga dan minat berniaga.

Jika anda termasuk dalam kelompok ini, bolehlah mendapatkan buku Bekerja & Berniaga: Panduan Kejayaan Buat Suri. Mungkin penyelesaian kepada keraguan anda terjawab dengan membaca buku ini.

*Jangan lepaskan peluang mendapatkan signature penulis
Harga: RM 46.00 sm / RM51.00 ss (termasuk kos penghantaran)
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087


                                           
Bersama Kesusahan Ada Kesenangan

Kisah Benar “Saya seorang Penulis”.
Saya masih ingat pada tahun lepas tatkala Allah ilhamkan saya untuk menulis sebuah buku tentang kisah perjalanan novel hidup saya. Pada mulanya saya kurang faham sehinggalah Allah mencipta situasi sehingga saya benar-benar faham yang Dia mahu saya menulis.  Hati saya berkata, barangkali kisah hidup serta pengalaman yang saya lalui menjadi asbab untuk orang lain lebih dekat padaNya. Lalu saya mengadu padaNya yang saya tidak pernah menulis sebarang bentuk artikel apatah lagi sebuah buku.

Alhamdulillah tahun yang sama pada bulan Ramadhan Allah rezekikan saya bersama tiga beradik menghadiri kursus penulisan Tuan Fauzul Naim. Yang peliknya kelas itu di hadiri hanya seramai 5 orang termasuk saya. Malah pada bulan ramdhan itu Tuan Fauzul memberikan diskaun untuk menyertai kelas penulisan itu. 

Apabila dia mengatakan dia tergerak hati nak adakan kelas sempena ramadhan dan kerana itu dia teruskan kelas ini walaupun yang daftar tidak ramai. MasyaAllah! Barangkali situasi itu biasa untuk orang lain, tapi peristiwa itu benar-benar menyentuh hati saya.
Hati saya berkata jika kita pernah berdoa dan mohon Allah tunjukkan jalan dan serahkan pada Allah bagaimana saya harus mula menulis. Dialah Allah apabila mengkehendaki sesuatu tidak ada yang mustahil bagiNya.

Apabila saya mula menulis, lalu saya terfikir siapakah penerbit yang sanggup menerbitkan buku sulongku. Siapalah aku…fikir saya…rasa malu sangat2 ketika itu. Selesai solat hajat Allah memberi ilham untuk sms Ustaz Fathuri. MasyaAllah! malam itu ustaz hubungi saya dan meminta saya untuk terus menulis. Sehinggalah apabila manuskrip buku telah siap di tulis.
Apabila manuskrip sentuhan pertama siap di tulis saya di khabarkan bahawa Ustaz bermusafir 4 bulan ke luar negara. Lalu ada suara yg mengatakan patutkah aku menunggu 4 bulan? Lalu saya solat istiarah. saya mimpi saya mengadiri kelas Ustaz Fathuri. Pagi tu bila buat istiarah Al-Quran. Allah memberi saya ilham melalui petunjuk Al-Quran di mukasurat yang saya buka. 

Antaranya kisah dalam surah Muhammad ayat 30 sehingga 38 itu Allah menceritakan kisah orang yang di ajak untuk berinfak ke jalan Allah. Hati saya percaya ada sesuatu dan pasti ia bersebab bila Allah sampaikan message itu pada saya. Yang pasti hati saya sungguh berlapang dada dan mengatakan memang Ustaz fathuri lah penerbitnya. Bagi saya bila Allah pilih ustaz Fathuri pasti ia bersebab. Dan jika Allah suka pasti saya pun suka biarpun saya perlu menunggu Ustaz lagi beberapa bulan untuk pulang ke Malaysia. 

Alhamdulillah apabila saya menghubungi ustaz selepas pulang ke Malaysia dan ustaz mengatakan walaupun saya belum baca manuskrip saya, Ustaz kata “hati saya berkata untuk teruskan penerbitan buku sulong ini”. Lalu sebaik meletakkan telefon saya segera sujud syukur dan menangis2 tentang kasih sayang Allah yang saya rasakan ini. Kini tatkala manuskrip buku yang terakhir sudah sampai ke tangan Ustaz dan tatkala membaca komen dari Ustaz tentang manuskrip buku saya. MasyaAllah! Sekali lagi saya sujud syukur dan menangis-nangis atas rasa kasih sayang Allah ini.

Benarlah jika kita benar-benar meletakkan diri kita sebagai hamba Allah dan berdoa “Ya Allah saya serahkan urusan ini kepada-Mu kerana Engkaulah sebaik-baik perancang. Tiada daya dan kekuatan kecuali dariMu Ya Allah” dan mengikut formula yang Allah gariskan untuk menjadi hamba Allah yang sebenar-benar hambaNya sebagaimana yang Allah suka maka Allah pasti tidak akan pernah sia-siakan hajat dan permintaan hambaNya. Saya percaya bahawa bersama kesusahan dalam mencapai hajat terkandung rahsia kesenangan yang Allah janjikan. 
Begitulah..SubhanAllah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
~Era Adlina A. Kadir

*Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan signature penulis
Harga : RM25.00 sm/ RM30.00 ss (termasuk kos penghantaran)
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087









21 Formula Hidup Luar Biasa

Buku ini sangat lain daripada buku-buku terlajak laris sebelum ini di mana intipatinya lebih kepada penceritaan di dalam menyampaikan 21 Formula Hidup Luar Biasa di dalam mencapai kejayaan dan keberkatan dunia akhirat Insya Allah. Genre penulisan kali ini adalah lebih kepada menyerlahkan potensi kita untuk hidup luar biasa dan paksi utamanya adalah berkaitan di antara kita dan Allah swt, kekasihNya dan makhlukNya. Ini adalah di antara sebahagian intipati ilmu yang saya kongsikan di dalam seminar 4-hari Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK).

Ilmu tidak percuma apatah ilmu yang diraih dari kepayahan jatuh bangun dan kesusahan bertahun-tahun sehingga ia terbukti ianya berkesan berulang-ulang kali. Ia memerlukan pengorbanan, jerih perih, pelaburan masa, tenaga, wang dan emosi. Ia melibatkan konflik, kontroversi, kegigihan dan kegagalan demi kegagalan serta kekuatan untuk bangkit lebih bersedia menghadapi cabaran seterusnya.

Banyak perkara yang saya ingin kongsi bersama anda dan ada yang saya kongsikan dalam buku “21 Formula Hidup Luar Biasa” setebal hampir 400 muka surat ini. Antaranya adalah tentang kehidupan seharian kita, apa yang kita perlu lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang berkat dengan kejayaan, kekayaan dan kebahagiaan.
Salah satu jawapannya adalah amalan baik dan disiplin harian yang konsisten. (Dr Azizan Osman)

Buku yang sangat memberi inspirasi.
**Dapatkan segera buku ini 21 FORMULA HIDUP LUAR BIASA dan percuma poster formula 21formula hidup luar biasa
Hanya RM45 (semenanjung / sabah sarawak) harga sudah termasuk kos penghantaran
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087






Mudahnya Menjemput Rezeki
“Ulasan Pembaca Buku MMR”
Jika dahulu kita ambil mudah dengan rezeki-rezeki percuma yang dikurniakan olehNya seperti udara, kesihatan dan kesempurnaan tubuh badan. Tetapi selepas membaca buku MMR ini kita merasakan betapa banyaknya nikmat rezeki yang telah dikurniakan olehNya kepada kita walaupun kita lalai dalam mengingatiNya. Dulu saya berfikiran rezeki = DUIT. Banyak duit bermaksud banyaklah rezeki dan sebaliknya. Tetapi konteks rezeki adalah lebih banyak dan pelbagai. Ianya bukan hanya dinilai dalam bentuk duit semata-mata.

Oleh yang demikian kepada sahabat-sahabat yang merasakan rezeki mereka sempit, saya syorkan untuk sahabat-sahabat memiliki buku MMR ini. Kita fahami maksud rezeki terlebih dahulu. Mula bersyukur dengan segala nikmat yang kita ada pada masa kini. Berdoa, berdoa, berdoa dan berusaha insyaAllah rezeki kita akan sederas air sungai dan seluas hamparan lautan. InsyaAllah.~ Pn. Nurhuda Aziziuddin

Harga: RM 25 sm / RM 30 ss (harga termasuk kos penghantaran)
Semoga bermanfaat untuk semua.
●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087


Terdapat juga buku mini MMR dan mini ATM  (Borong 20pcs ke atas)


●●●Untuk dapatkan buku boleh isi borang tempahan atau pm/whatsapp saya Nur Sa'adah Zahari 01129693087. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment