Teks: Nur Sa'adah Zahari
Selamat pagi,
Alhamdulillah pagi ini aku masih diberi peluang untuk menikmati keindahan alam ini. Setelah usai solat subuh, tiba-tiba perutku berbunyi meminta supaya diisi makanan. Aku bingkas bangun lalu ke dapur untuk melihat apa yang boleh dimasak. Terlintas di fikiranku, keenakan nasi goreng ibuku di rumah. Lalu aku segera masak nasi untuk membuat nasi goreng. Ala masakan orang bujang, nasi gorengnya pun agak bujang. Bertungkus-lumus aku di dapur akhirnya, siap juga nasi goreng dan dihidang bersama air teh.
Setelah selesai makan, aku bersiap-siap untuk pergi kerja. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih bersemangat dan seterusnya. Hidupkan mesti diteruskan. InsyaAllah rezeki Allah ada dimana-mana asalkan jangan malas berusaha untuk mencarinya. Dan sekarang sempat juga aku menulis blog ini sebelum memulakan pekerjaan. Selamat bekerja semua, senyum selalu.
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Thursday, October 1, 2015
Tuesday, September 15, 2015
Entri 17- Pengalaman Baru
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Assalamualaikum..sudah lama
rasanya aku tidak menulis entri di blog. Ketandusan idea membuatkan aku tidak
tahu apa yang hendak dikongsikan. Hari berganti hari aku menjalani rutin harian
seperti biasa di rumah. Alhamdulillah Ya Syakur, Amin Ya Mujib. Setelah lama
berada di rumah akhirnya aku mendapat pekerjaan di tempat aku belajar dahulu. Aku
berasa amat gembira sekali kerana diterima bekerja. Walaupun gaji tidak
seberapa tapi bagiku mencari pengalaman baru amatlah penting.
Hari Isnin, 14 September 2015,
bermulanya rutin baru dalam hidupku. Aku akan pergi kerja dan pulang dari
tempat kerja. Suasana di tempat aku bekerja amatlah selesa. Rakan sekerja juga
baik dengan ku. Aku amat bersyukur dan bertuah kerana terpilih untuk bekerja di
sini. Selain dapat belajar, aku juga akan mendapat pengalaman baru.
Setakat ini dahulu yang ingin aku kongsikan.
Monday, August 31, 2015
Entri 16- Kenapa Saya Ingin Berjaya?
Teks:Nur Sa'adah Zahari
Pengalaman menyertai Seminar
Magnet Kekayaan dan Kejayaan Dr Azizan Osman banyak memberi manfaat kepada
diriku. Aku berasa amat bertuah sekali kerana terbuka hati untuk turut serta
dalam program beliau. Banyak tips yang diperolehi daripadanya untuk mencapai
kejayaan. Jadi saya ingin kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang diperolehi
bersama anda semua.
Tips yang pertama ialah MESTI
iaitu:
M- matlamat yang jelas
E- emosi
S- strategi
T- tindakan
I- impian
#Kita mestilah fokus apa yang
kita kehendaki bukan apa yang kita tidak mahu.
Selain itu, terdapat pelbagai
halangan yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjaya. Kita MESTI
menghapuskan kesemua halangan ini untuk mengecapi kejayaan. Antaranya ialah:
1. Ego (sombong)
2. Ragu-ragu
3. Takut
4. Rasa tidak layak
5. Rasa tidak yakin
6. Bertangguh
7. Suka beri alasan
8. Mudah terpengaruh
9. Malas
10. Tidak ada komitmen
(kesungguhan)
#Setiap perkara yang kita buat
juga MESTI ada keyakinan. Kita mesti yakin dengan setiap ilmu yang diperolehi,
yakin dengan melihat, yakin dengan benar dan yakin dengan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin
kongsikan tips untuk mencapai kejayaan.
1. Setiap hari fokus matlamat
anda...
#Tulis 10 matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh terdekat
#Baca matlamat setiap hari.
Mulakan dengan ayat...Saya TELAH mencapai....
2. Komited dengan matlamat
(tindakan)
3. Tukar kawan yang boleh
mendorong kita berjaya
4. Tapis pemikiran
5. Bakar keinginan anda
(semangat)
6. Sentiasa belajar
7. Tingkatkan tenaga anda
8. Is now or never?
9. Jangan hirau orang kutuk
10. Hadapi cabaran dengan
strategi yang betul
#Saya berharap ilmu yang
dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk diamalkan
bersama bagi memperolehi kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Marilah kita
bersama-sama maju dalam perniagaan.
Entri 15- Rezeki Yang Tak Disangka
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Nur Sa'adah Zahari
Assalamualaikum pembaca
sekalian...agak lama rasanya saya tidak menulis. Alhamdulillah, syukur kepada
ilahi dengan izinnya kami telah diberikan rezeki yang tidak disangka. Kami
telah menerima tempahan baju kenduri untuk satu keluarga iaitu baju dress
sebanyak 15 pasang. Kami diminta untuk menyiapkan kesemua tempahan baju dalam
tempoh yang singkat. Selain itu, aku juga diminta untuk menyiapkan batang
bantal dan tilam. Kesibukan menyiapkan tempahan ini menyebabkan saya tidak
berkesempatan untuk menulis blog.
Tempahan baju kenduri yang telah disiapkan
Di sini saya ingin kongsikan
bahawa untuk memperolehi rezeki kurniaan Allah kita seharusnya menjaga hubungan
kita dengan Allah dan sesama manusia. Subhanallah, sejak mengamalkan solat
Dhuha sebelum memulakan perniagaan dan rajinkan diri bersedekah rezeki kami
semakin melimpah -luah. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah. Ayuhlah kita
sama-sama dekatkan diri dengan-NYA.
Saturday, August 22, 2015
Entri 10- Senyumlah
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Foto: Carian Google
Foto: Carian Google
Apa pun masalahmu ia pasti akan
berlalu Senyumlah. Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan
kesusahan dapat dilalui dengan cara yang betul. Kita tidak perlu berkeluh
kesah, sedangkan apa pun masalah yang datang, ia akan berlalu jua akhirnya.
- · Cara yang sangat efektif untuk menghadapi permasalahan dan mencapai sesuatu tujuan ialah dengan berusaha dan berdoa serta bersabar.
- · Janganlah mengeluh sekiranya doa belum dimakbulkan kerana Allah Maha Mengetahui bentuk dan masa yang sesuai untuk memakbulkan doa kita.
- · Berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kekayaan, kemuliaan dan kehormatan dalam hidup adalah perkara yang baik, tetapi jangan sampai semua itu melalaikan kita daripada meraih kemuliaan yang lebih besar dalam kehidupan yang berikutnya (akhirat).
- · Akhirnya, jangan sesekali malas dan enggan dalam meminta kepada Allah, kerana Dia tidak pernah enggan untuk mendengar doa kita.
Friday, August 14, 2015
Entri 4- Bagaimana usaha kita untuk mengendalikan takdir agar boleh bermanfaat terhadap kejayaan dunia perniagaan dan pekerjaan?
Teks: Nur Sa'adah Zahari
Solat Hajat mengajar kita untuk
bersikap optimis terhadap hidup, tidak putus harapan dan mudah menyerah,
memberi tumpuan sepenuhnya, fokus, jujur serta bertawakal. Disebabkan itu,
usaha kita berhasil, kita tidak akan sombong kerana kita telah yakin bahawa
Allah s.w.t. yang berada di sebalik kejayaan itu. Antara usaha yang dapat kita lakukan untuk mengendalikan
takdir supaya bermanfaat:
1. Kita harus mengubah paradigma
ke arah lebih baik dan membina. Tidak akan ada perubahan dalam kehidupan jika
kita tidak menggunakan daya usaha yang diberikan oleh Allah s.w.t.
2. Kita harus membiasakan diri
untuk melakukan tindakan-tindakan progresif dalam hidup. Oleh itu, kita harus
bekerja keras, bekerja cerdas, belajar serta pantang menyerah agar kebiasaan
dapat mengubah hidup menjadi lebih baik.
3. Kita harus mengaplikasikan
pengetahuan dalam perbuatan. Pola pemikiran yang bagus, positif, maju dan mahu
berusaha akan menjadi sia-sia jika tidak sertai kemahuan.
4. Kita harus sedia mencapai kejayaan. Apa yang diperlukan ialah
keberanian dalam menhadapi risiko, tegas, tekun dan pantang menyerah agar
impian dapat dicapai.
Tuesday, August 11, 2015
Entri 2- Bersyukur Saat Diuji
Foto: Carian Google
Apakah sebenarnya yang dikatakan
ujian buat manusia? Apakah setiap manusia mempunyai kekuatan untuk menghadapi
ujian? Apakah kemudahan yang bakal diperolehi disebalik kesusahan dan
kesulitan?
Sepanjang tempoh kehidupan adalah
ujian Allah. Jika kita sering mengingati dan beramal ibadat kepadaNya,
insyaAllah kita akan lulus ujian tersebut. Sabar, Solat, Syukur merupakan
kunci yang perlu dimilik oleh setiap individu dalam menghapi ujian kehidupan.
Hakikatnya, kematian ujian
terakhir setelah menghadapi suka dan duka ketika masih bernyawa. Oleh itu, sama
ada kita gagal atau lulus, mampu atau tidak menghadapi ujian kehidupan
terkandung melalui kenyataan Allah. (Surah Al- Israa' 17: 18-19)
Subscribe to:
Posts (Atom)

