Terma & Syarat

Terma & Syarat Nur Sa’adah Online Shoppe hanya beroperasi secara online sahaja. Tiada penghantaran melalui Cash on delivery (COD). Kami menerima tempahan 24 jam setiap hari. Tempahan adalah melalui borang pesanan yang disediakan. No tracking akan diberikan setelah barang dipos.

Sila pastikan perkara berikut :

1. Penghantaran hanya dilakukan selepas wang dan maklumat telah diisi dengan sempurna. Ini untuk memudahkan urusan rekod harian kami.

2. Pastikan isi dengan teliti jenis produk. Ini memudahkan pihak pembungkusan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan jenis dan kuantiti produk yang disebabkan oleh kesilapan pelanggan mengisi borang tempahan. 

3. Kami memerlukan 1-3 hari bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 3-5 hari masa berkerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada Sabtu dan Ahad maka Isnin dikira sebagai hari pertama. Walaubagaimana pun, kami akan memastikan dan mencuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah diterima. 

4. Jaminan : Sekiranya produk pecah, akan dihantar diganti baru dan pembungkusan yang kemas, penghantaran yang selamat ke lokasi pembeli. Terima kasih kerana membeli di Nur Sa’adah Online Shoppe. Semoga anda berpuas hati dengan layanan kami.
Semua Terma & Syarat di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai. 

No comments:

Post a Comment