Teks: Nur Sa’adah Zahari
Foto: Nur Sa’adah Zahari
Inspirasi daripada buku Allah
Tempat Meminta- Impian sejuta Jiwa
“Jika Allah menolong kamu
mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan
kamu.” ( surah Ali-Imran : 160 )
Alhamdulillah hari ini aku masih
diberi peluang untuk hidup dimuka bumi ini melihat keindahan langit,
gunung-ganang dan merasai setiap nikmat kurniaan Allah. Di pagi yang sejuk ini
ingin ku kongsikan kisah hidupku. Semakin hari aku semakin tenang menghadapi
setiap ujian Allah. Satu perkara yang aku belajar, rezeki itu sudah ada dan
tidak perlu kita kejar. Apa yang penting kita mesti melaksanakan hak Allah itu
dahulu dan berdoa supaya segalanya dipermudahkan. Subhanallah!
Terkenang akan kehidupaan harianku.
Hari-hari mendatang setiap hari aku tidak pernah berhenti berdoa supaya
kehidupan aku bertambah baik dan impianku untuk memiliki sebuah kereta tercapai.
Tetapi berlaku sebaliknya. Aku seperti diberi ujian untuk dinilai sama ada aku seorang
yang sabar atau tidak. Hatiku kuat atau tidak. Setiap malam, aku bangun
bertahajjud dan solat hajat. Aku menangis dan merintih pada yang Maha Esa.
Minta agar diberi petunjuk dan hidayah sebenar. Dalam masa yang sama masalah kewangan
makin mengecewakan. Tetapi keyakinanku terhadap Allah, kuasa Allah makin
tinggi.
Hanya yang ada hanyalah berdoa
kepadaNya. “Ya Allah, Kau yang Maha Mengasihani dan memberi rezeki. Moga ada
rezeki tersirat dan tersurat yang tak terjangkau dek fikiran hambaMu in, Ya
Allah!”. Amin Ya Rabbal’alamin. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengasihani. Hampir setahun aku melaksanakan hak Allah,
akhirnya aku dapat memiliki si Merah Jambu. Masya-Allah, inilah kemenangan yang
besar. Untuk menikmati janji itu, Allah cuma mahu kita beriman kepadaNya dan
RasulNya.
Berinspirasikan buku yang
berjudul “Allah Tempat Meminta” – Impian sejuta jiwa yang merangkumi 40 kisah
banyak memberi dorongan untuk aku terus berazam. Azam untuk berusaha bersungguh-sungguh
dalam melaksanakan tuntutan Allah.
**untuk dapatkan Buku ATM, boleh buat belian melalui saya Nur Sa'adah 01129693087
**untuk dapatkan Buku ATM, boleh buat belian melalui saya Nur Sa'adah 01129693087
No comments:
Post a Comment